Okay masa apply haritu aku pun tak ingat dah aku apply untuk jawatan apa tapi dalam 3 ke 4 minggu selepas tu baru dapat emel jemputan interview daripada LHDN. Interview dijalankan di HQ yakni bertempat di LHDN Cyberjaya. Interview bermula jam 8 pagi. So brekfes kenyang2 dulu baru pegi. Ko jangan nak ngada2 berdebar la apa sampai xde selera makan macam aku sebab nak tunggu turn untuk interview tu mau mati cacing dalam perut.
Dokumen2 yang diperlukan masa interview dan susunan dokumen ada diberitahu dalam borang temuduga. Follow je list yang ada tu. Pastikan dokumen original dan salinan lengkap dan telah disahkan.
Sijil2 zaman sekolah tadika ke apa takyah la kau usung sekali. Buat berat fail je. Kalau ada pun sijil aktiviti atau sijil2 lain yang nak dibawa, cukup la yang di peringkat universiti atau yang terkini jelah. Yang ni takde la LHDN tu bagitau, ni pendapat peribadi aku jelah.
Eh laki aku ni datang sini pulak.
Okay datang interview on time. Dekat lobi nanti ada kaunter polis bantuan tu, semak nama dalam senarai. Kemudian kau tunggu la staff LHDN panggil. Sambil2 tu boleh la ko nak gugel sapa KPE LHDN. Atau ko nak makan kuih keria ke ikut kau la sebab ada la dalam setengah jam lebih jugak nak kena tunggu tu.
Next staff bertugas akan bawa korang ke ruang menunggu temuduga. Diorang akan brief mengenai susunan dokumen dan buat semakan panel temuduga. Haritu time aku ada 5 panel. Temuduga dijalan kan serentak. Masa briefing nanti, kalau ko rasa nak kena balik cepat atas sebab2 tertentu, contohnya nak kejar flight ke, atau kau nak masuk kerja ke, just maklumkan pada staff bertugas, insyaAllah diorang akan arrange session interview kau dulu. Tapi sebelum tu diorang akan timbang dan ambil ukuran ketinggian. Dan ada jugak sesi ambil gambar dan sesi menyemak dokumen2 yang diperlukan.
Lepastu kalau kau bertuah, nama kau akan terus dipanggil untuk ke sesi temuduga mengikut panel2 yang dah ditetapkan.Kalau tak mereput la kau tunggu turn. Turn aku semalam pukul 12 tengahari. Nasib baik tak perlu tunggu selepas sembahyang jumaat. Calon lelaki biasanya diutamakan sebab diorang nak pergi sembahyang jumaat.
Okay panel temuduga ada 2 orang. Masuk perkenalkan diri dan cerita la pasal pengalaman kerja kau.Sesi aku semalam dalam bahasa ibunda. Tapi ada je aku tercampur bahasa inggeris jugak.Sepanjang sesi temuduga tak ada pun soalan2 berkaitan pengetahuan am. Alhamdulillah la sebab pengetahuan am aku pun terbantut. Cuma last sekali tu ada la dia tanya tau tak apa kah fungsi2 LHDN ni. Lain2 hanyalah soalan berkisarkan pengalaman kerja aku sebelum ni dan yang terkini. Apa kah yang relevan mengenai skop kerja aku sekarang dengan skop kerja jawatan yang di apply.Untuk jawatan yang aku apply ni adalah berstatus kontrak. Jadi diorang pun pelik la kenapa aku apply memandangkan sekarang aku dah kerja dan berjawatan tetap. Tangga gaji pun sangat berbeza dengan apa yang LHDN offer. Memandangkan ni kerja berstatus kontrak, jadi tak ada kenaikan gaji selama 3 tahun, medical benefit hanya applicable untuk aku je. Spouse dan anak2 tidak dicover. Cuti bersalin 40 hari pun tanpa gaji. Tiada OT. Jadi soalan cepumas nya. On the scale of 1 to 5, how bad do you want this job?Kesimpulan nya takde pun ditanya apakah yang anda tahu mengenai bajet 2020 yang berkaitan dengan LHDN. Tapi untuk panel yang lain aku tak pasti la ada tak soalan pengetahuan am.
Pastu last sekali aku nak pesan, ko kalau nak pegi langkawi dan berhajat nak naik feri paling awal pukul 7 pagi tu, jangan la pukul 7 pagi baru nak terhegeh seret beg kat kaunter tiket. Jangan kan feri pukul 7, pukul 8 pukul 9 pukul 10 pun belum tentu kau boleh naik. Macam kitorang yang noob pegi langkawi 15 tahun sekali ni, dapat la tiket pukul 11.30 sebab yang lain full.